Carian
Restoran NFT Pertama Dunia Akan Dibuka Oleh Gary V Di New York
January 19, 2022 Effi Saharudin

Non Fungible Token (NFT) ialah kegilaan kripto terkini dengan selebriti ini berpusu-pusu membeli gambar beruk dalam bentuk NFT untuk kelihatan mereka mengikuti trend terkini. Di Malaysia, NFT berharga lebih RM45,000 telah dijual menerusi platform Penta.io. Kesemua NFT yang dibeli adalah dalam bentuk digital tetapi tidak memberikan kelebihan di dunia sebenar. Kini usahawan Internet terkemuka Gary Vaynechuck telah mengumumkan beliau akan membuka restoran NFT pertama dunia di New York.

Flyfish Club adalah restoran makanan laut yang hanya dibuka kepada ahli yang membeli token NFT yang akan dijual. Sebanyak 2650 token biasa akan dijual pada harga 2.5 ETH (~RM 33,200) yang memberi akses kepada restoran dan kelab persendirian. Sebanyak 385 lagi token eksklusif Omakase turut ditawarkan pada harga 4.25 ETH (~RM 56,000) yang memberikan akses bilik peribadi yang hanya menempatkan 14 pelanggan pada satu-satu masa.

Walaupun yuran keahlian adalah Flyfish Club adalah tinggi, ahli masih perlu membayar harga makanan yang dijual di dalam kelab. Sesiapa sahaja boleh membeli NFT Flyfish Club dan ia boleh dipindahkan dengan penjualan semula NFT ke pasaran sekunder. Antara yang dijanjikan Gary V ialah makanan dihasilkan tukang masak sushi ternama dengan bahan mentah segar diterbangkan dari Jepun setiap hari.

Komen