Carian
Activison Blizzard Telah Melihat Kepada Beberapa Pembeli Lain Sebelum Microsoft – Termasuk Facebook
January 19, 2022 Aman

Microsoft telah membuat kejutan pada malam semalam, apabila mengumumkan pengambil-alihan salah satu penerbit permainan video terkemuka, iaitu Activision Blizzard. Harga pengambil-alihan dikatakan mencapai RM288 bilion – sekaligus menjadikannya antara pengambil-alihaan yang bernilai tinggi.

Sebelum pengambil-alihan oleh Microsoft, Activision Blizzard dilaporkan telah melihat kepada beberapa syarikat lain. Salah satu syarikat yang turut ditawarkan adalah Meta, iaitu ibu syarikat Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Ia dilaporkan tiada tawaran serius yang hadir daripada pihak Meta ketika itu, dan Microsoft berjaya mendapatkan syarikat permainan berkenaan.

Tetapi, sebaliknya sekiranya Meta yang mengambil-alihnya, ia mungkin turut akan menerima reaksi berbeza, termasuk dengan fokus pihak Meta sendiri ke arena metamesta.

Selain Meta, Activision Blizzard turut telah menawarkan syarikat kepada sebuah lagi syarikat gergasi yang tidak dinamakan.

Komen