Cari @ Amanz

Kewujudan Vivo Y55 5G telah didengari sejak Disember yang lalu apabila peranti ini dilaporkan telah ditemui tersenarai di penanda aras Geekbench. Kini, ia akhirnya telah diumumkan secara rasminya di Taiwan. Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 700, peranti mempunyai sebahagian besar spesifikasi yang mirip dengan Vivo Y55s 5G tetapi kapasiti bateri sedikit lebih kecil.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y55 5G dilengkapi skrin 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2408 × 1080 piksel). Ia juga dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Seterusnya, ia juga mempunyai sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP (sudut-lebar) + 2MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, NFC dan sebagainya. Untuk harga, Vivo Y55 5G ditawarkan pada NTD 7,990 (~RM1,212) dan hanya terhad untuk pasaran Taiwan sahaja buat masa ini.

Sumber : Vivo Taiwan

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd