Era Mac Intel Akan Berakhir Dengan Pelancaran Mac Pro Menggunakan Apple Silicon Pada S4 2022

Diterbitkan pada Jan 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah mengatakan penghijrahan mereka sepenuhnya kepada cip kendiri Apple Silicon akan dilakukan dalam masa dua tahun semasa cip Apple M1 diumumkan pada tahun 2022. Pada waktu tersebut ramai yang kurang yakin dengan kenyataan ini kerana Mac Pro masih lagi menggunakan cip Intel yang jauh lebih berkuasa.

Tetapi sudah dapat dilihat bagaimana cip M1, M1 Max dan M1 Pro masing-masing memberikan prestasi yang menakjubkan dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Kini menurut peniris maklumat DylanDKT, era Mac dengan Intel akan berakhir sepenuhnya pada suku keempat 2022 dengan pelancaran Mac Pro baharu dengan Apple Silicon.

Menurut beliau cip yang digunakan bukanlah Apple M2 sebaliknya adalah satu lagi cip M1 tetapi dengan konfigurasi yang lebih tinggi berbanding M1 Max. M1 Max ialah cip paling berkuasa Apple pada waktu ini dengan 10 teras CPU dan 32 teras GPU. Keputusan Apple menggunakan cip keluaran membuahkan hasil dengan pengeluaran komputer Mac meningkat 22.1% pada tahun 2021 berbanding 2020.

komen


© Amanz / 2022 Kami