RedMagic 7 Bakal Diperkenalkan Sekitar Bulan Februari 2022

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

RedMagic 7 dijangka menjadi model kemaskini yang seterusnya untuk rangkaian peranti memfokuskan permua daripada Nubia. Kewujudannya juga bukanlah hal yang asing lagi, mana tidaknya beberapa imej yang didakwa menunjukkan rekaan pada peranti berkenaan telah tertiris menerusi laman persijilan MIIT. Ia memperlihatkan peranti kelak hadir dengan rekaan yang menyerupai model terdahulu.

Dalam perkembangan terkini, terdapat perkongsian baharu di Weibo yang mengesahkan peranti berkenaan bakal tiba sekitar bulan Februari depan. Ia dikongsi sendiri oleh pihak Nubia, tetapi mereka mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi.

Pada masa sama, mereka turut bekongsi perancangan untuk memperkasa inovasi dalam bidang realiti maya (AR) secara lebih baik dengan penawaran produk menarik kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami