Apple Menerbitkan Cara Betul Membasuh Kain Lap Keluaran Mereka

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Polishing Cloth mula dijual semula minggu lalu dan dengan pantas ia menjadi produk yang mendapat sambutan hangat walaupun dijual pada harga agak mahal RM99 sehelai. Antara isu yang muncul di kalang pemilik kain lap ini ialah bagaimana ingin membasuhnya semula dengan selamat? Ini adalah soalan penting kerana kain mudah kotor dan jika dibasuh dengan salah boleh mengakibatkan kerugian.

Kepada pemilik kain lap, Apple telah menerbitkan arahan bagaimana untuk membersihkannya dengan selamat. Kain hanya perlu dibasuh dengan sabun dan air, dibilas secukupnya sebelum dikeringkan selama 24 jam. Sekiranya arahan diikuti, kerosakan dapat dielakkan.

Dalam ulasan kami di Amanz, kami merasakan kain lap Apple ini berfungsi seperti yang diiklankan dan amat berkesan membersihkan pelbagai skrin peranti keluaran mereka. Isu kami hanyalah ia mudah kotor dan harga jualannya adalah terlalu tinggi hanya untuk sekeping kain.

komen


© Amanz / 2022 Kami