TikTok Turut Menguji Ciri Langganan Berbayar Untuk Akses Kandungan Sesuatu Akaun

Diterbitkan pada Jan 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal hari ini, Instagram telah mengumumkan ujian untuk ciri Instagram Subscriptions. Melaluinya, ia membolehkan seseorang penerbit kandungan atau akaun pada Instagram untuk menetapkan harga langganan – dan pengikut perlu membayar untuk melihat kandungan berkenaan.

Kini, selain Instagram, TikTok turut telah mengatakan mereka sedang menguji ciri langganan berbayar.

TikTok Amanz

Dengan langkah ini, pengikut di TikTok boleh membayar sesuatu akaun untuk mengikut kandungan eksklusif yang tidak dipaparkan kepada umum.

Pada hari ini, TikTok sedia membolehkan penerbit kandungan menerima sumbangan wang melalui profil, selain melalui siaran langsung. Tiada sebarang had kandungan yang dilakukan – dan ciri langganan ini akan mengubahnya.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini dengan meluas dalam bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami