Penggambaran filem pertama yang di angkasa lepas telah dilakukan tahun lalu oleh sebuah produksi dari Rusia. Filem kedua yang akan melakukan penggambaran di angkasa lepas akan dibintangi oleh Tom Cruise dan diarahkan oleh J J Abrams tahun ini. Space Entertainment Enterprise (SEE), studio yang menghasilkan filem yang masih penuh rahsia ini telah mengumumkan perancangan untuk membina studio filem angkasa lepas pertama menjelang 2024.

Mereka merancang untuk memasang modul pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2024 dengan modul kini sedang dibina. Ia akan menjadi studio angkasa lepas pertama yang lengkap dengan kelengkapan penyiaran bagi menghasilkan filem, siri TV dan penstriman langsung ke bumi.

Modul yang diberi nama SEE-1 akan dibina oleh Axiom Space yang sebelum ini mengumumkan ingin membina hotel angkasa lepas mereka juga di ISS. Kemudian apabila ISS tidak lagi beroperasi, modul akan ditanggalkan untuk menjadi stesen angkasanya sendiri pada tahun 2028.