Cari @ Amanz

Oppo Find N adalah peranti pertama dengan skrin boleh-lipat daripada Oppo yang dijual kepada umum. Populariti peranti ini agak hebat sehinggakan di China, ia habis dibeli dan dijual semula pada harga tidak masuk akal.

Peranti ini direka dengan rekaan kompak dan mempunyai rekabentuk yang masuk akal untuk peranti seperti ini. Seperti pesaing, Oppo juga menggunakan panel kaca pada skrin dalam. Cuma keunikan pada Oppo adalah, mereka menggunakan teknik lipatan titisan air untuk mengelak kesan lipatan kelihatan dan peranti boleh ditutup rapat tanpa ada ruang terbuka.

Pete Lau selaku CEO OnePlus dan pengurus produk Oppo baru-baru ini berkongsi di laman Weibo dua peranti Oppo Find N yang berbeza. Satu yang baru dan satu lagi yang sudah dilipat sebanyak 100,000 kali. Kedua-dua peranti kelihatan masih sama dan tiada kesan lipatan kelihatan.

Ini membuktikan yang peranti ini sudah boleh dikatakan hampir ke fasa menjadi lebih stabil dan berubah menjadi sesuatu yang normal. Kelak apa yang kita perlu tunggu adalah, lebih banyak peranti skrin boleh-lipat dilancarkan agar ia boleh dijual pada harga lebih mampu milik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd