Cari @ Amanz

Walaupun kita masih belum melihat lagi pengenalan iPhone 2022, kini kita telah mula mendengar desas-desus berkaitan iPhone 15 yang dijangka hadir pada 2023 kelak.

Mengikut penganalisa, Apple dijangka akan menyertakan sokongan ciri zum optikal sehingga 5x pada iPhone 15 Pro yang dijadualkan pada 2023 kelak.

Untuk makluman, kita sedia mendengar mengatakan Apple akan menyertakan sistem kamera periskop pada iPhone 2023, dan desas-desus terbaru mengukuhkan lagi perkara berkenaan.

Apple dikatakan kini sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan lensa dan sensor yang diperlukan untuk kamera periskop berkenaan. Sekiranya proses mendapatkan komponen berjalan lancar, kita akan melihat ciri zum sehingga 5 kali ini pada iPhone 15 Pro kelak.

Selain desas-desus berkenaan, Apple juga diperkatakan akan menyertakan sensor 48-megapixel pada iPhone tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd