Cari @ Amanz

Pelbagai kriptowang memperlihatkan penurunan nilai pada minggu ini, diterajui oleh Bitcoin. Terbaru, hari ini Bitcoin mencatatkan nilai terendahnya sejak 6 bulan yang lepas, apabila jatuh dibawah RM150,000 untuk 1BTC.

Trend penurunan ini telah bermula sejak Disember lepas, apabila Bitcoin mula jatuh dari paras RM200k.

Selain Bitcoin, Ethereum turut memperlihatkan penurunan dan kini mencatatkan nilai dibawah RM10k untuk 1ETH. 1XRP pula adalah sekitar RM2.50, 1BCH RM1212, dan 1LTC pada nilai RM444.

Secara keseluruhan, arena kriptowang memperlihatkan kehilangan nilai pasaran keseluruhan sebanyak lebih $1 trilion sejak penurunan ini berlaku. Nilai pasaran yang pernah melangkaui $3 trilion, kini sekadar mencatatkan sekitar $1.6 trilion.

Mungkinkah trend penurunan ini akan berterusan lagi?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd