Cari @ Amanz

Sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan program vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berusia antara 5-11 tahun akan dimulakan pada bulan Februari. Kini maklumat lebih terperinci telah dikongsi dengan program yang diberi nama PICKids akan dimulakan 3 Februari ini.

Vaksin Kanak-Kanak

Menerusi PICKids, vaksin dua dos Comirnaty oleh Pfizer-BioNTech dalam sukatan 0.2ml akan diberikan kepada penerima dengan jarak 8 minggu antara dos. Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022.

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka. Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.

Sumber @aafaizkli

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd