Acara Samsung Unpacked Mungkin Berlangsung Pada 9 Februari

Diterbitkan pada Jan 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sebelum ini mengumumkan acara Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada bulan Februari tanpa tarikh yang khusus. Tetapi acara ini mungkin telah ditiriskan sendiri oleh Samsung menerusi iklan yang dipaparkan di Instagram. Pengguna yang mengesahkan minat mereka untuk melakukan pratempahan peranti yang akan dilancarkan pada acara Unpacked kemudiannya diberitahu acara akan berlangsung pada 9 Februario 2022 pada jam 11 malam waktu Malaysia.

Pada acara ini tiga peranti Samsung Galaxy S22, Galaxy S22+, Galaxy S22 Ultra dan tiga tablet Samsung Galaxy Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra dijangka akan diperlihatkan secara rasmi. Pelancaran Samsung Galaxy S22 tahun ini amatlah menarik bagi pengguna di Malaysia kerana kedengaran ura-ura ia akan ditawarkan dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dan bukannya Exynos 2200. Sejauh mana kebenaran ura-ura ini akan hanya diketahui apabila peranti mula dijual di Malaysia kelak.

Sumber sondesix

komen


© Amanz / 2022 Kami