Cari @ Amanz

Samsung telah memperkenalkan cip Exynos 2200 mereka yang hadir dengan cip pemprosesan grafik Xclipse 920 yang merupakan kerjasama bersama-sama dengan pembuat komponen cip terkemuka AMD.

Terkini, skor penanda-aras Geekbench untuk cip Exynos 2200 telah tertiris ke arena web, dan skor awal ini memperlihatkan prestasi yang jauh lebih hebat berbanding dengan penawaran Qualcomm terbaru, iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Cip Exynos 2200 ini dilihat menggerakkan ujian penanda-aras OpenCL dan Vulkan, dimana pada ujian pertama, ia memperlihatkan skor 9143, 50 peratus lebih pantas berbanding peranti OnePlus 10 Pro yang mencatatkan skor 5955. Pada penanda-aras Vulkan, cip Exynos 2200 mencatatkan skor 9029, 25 peratus lebih pantas berbanding dengan peranti OnePlus 10 Pro yang sama pada 7285.

Sedikit butiran mengenai cip pemprosesan ini diperlihatkan seperti kelajuan cip, tetapi menurut beberapa laporan, ia dilihat sebagai tidak begitu tepat, dan kita hanya perlu menunggu sehingga Samsung memperlihatkan butiran tersebut secara rasmi.

Samsung dijangka akan memperkenalkan cip Exynos 2200 ini bersama-sama dengan peranti mercu terbaru mereka, Samsung Galaxy S22 pada awal bulan hadapan.

Sumber: VideoCardz

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd