Google Bakal Hadir Dengan Chromecast With Google TV Baharu – Kod Nama ‘Boreal’

Diterbitkan pada Jan 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Chromecast with Google TV adalah dongel Android TV terbaik yang pernah kami gunakan. Ia adalah ibarat menggunakan Pixel pada televisyen. Pejam celik, siapa sangka yang dongel ini sudah hampir dua tahun usianya – kerana dilancarkan bersama-sama dengan Pixel 5 pada tahun 2020.

Terkini, pihak 9to5Google mendedahkan yang Google mungkin akan hadir dengan pengganti kepada dongel Google TV ini. Kod nama Boreal adalah nama dalaman produk ini dan ia dikatakan akan menyokong codec AV1 seperti kebanyakan produk Android TV dan Google TV sekarang.

Spesifikasi lain masih belum diketahui, tetapi menurut spekulasi ia mungkin adalah Chromecast with Google TV dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Ia mungkin akan dilancarkan pada tahun ini, sama-sama kita nantikan dan lihat sama ada Google akan mengumumkannya bersama-sama dengan Pixel 6a bulan Mei ini ataupun tidak.

komen


© Amanz / 2022 Kami