Google Disaman Kerana Pengiklanan Pixel 4 Yang Tidak Telus

Diterbitkan pada Jan 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel 4 semasa dilancarkan dipasarkan sebagai peranti yang berinovasi, kerana mempunyai teknologi menarik untuk peranti Android. Ia hadir dengan sensor radar yang digelar Soli, mempunyai sokongan nyahkunci wajah seakan Face ID, serta kamera yang akhirnya sedikit lebih baik daripada model sebelumnya.

Tetapi sayang sekali, Pixel 4 adalah antara peranti Pixel yang paling bermasalah dengan pelbagai pepijat. Sehinggakan penggantinya Pixel 5 bukan lagi peranti mercu, ramai pembangun di sebalik peranti ini berhenti dan banyak lagi.

Dalam laporan oleh MarketWatch, Google dikatakan disaman kerana memaksa radio DJ di Texas menipu untuk memuji kehebatan peranti Pixel 4. Antara pujian yang diarahkan oleh Google untuk DJ sampaikan adalah mengenai fotografi seperti kononnya mempunyai kualiti sehebat studio, mengambil gambar anak di permainan bola, merakam gambar pancuran metero atau juga berjaya mengambil gambar burung hantu yang jarang ditemui di belakang rumah.

Apabila DJ tersebut meminta Google unit ulasan untuk uji dan lihat sendiri dakwaan Google, Google dikatakan menolak sehinggalah DJ tersebut membeli sendiri Pixel 4 dan membuktikan dakwaan Google itu semua salah dan satu penipuan.

Jika Google didapati bersalah, kerana iklan palsu disiarkan ke 2405 penyiaran, Google boleh dikenakan saman mencecah $24 juta iaitu sekitar RM100,418,400.

Pixel 4 juga adalah antara peranti Pixel paling popular dengan set dipulih semula, kerana peranti ini gagal berfungsi dan ramai penjual dan membaiki semula dan menjual pada harga berkali ganda lebih murah. Apa pendapat anda mengenai dakwaan Google ini, adakah benar Pixel 4 ini hebat seperti didakwa atau sebaliknya?

komen


© Amanz / 2022 Kami