Kecurian Elektrik Kerana Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Kerugian Lebih RM2.3 Bilion

Diterbitkan pada Jan 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan peningkatan nilai Bitcoin, salah satu perkara yang turut meningkat adalah kadar kecurian elektrik kerana ingin melombong Bitcoin.

Mengikut perkongsian kerajaan hari ini, kecurian elektrik kerana aktiviti melombong Bitcoin meningkat 400% dalam tempoh 4 thaun kebelakangan ini, dan membawa kepada kerugian sekitar lebih RM2.3 bilion.

Lebih 7209 kes telah dikenal-pasti setakata ini, dan pada 2021 sahjaa, sebanyak 3091 kes telah dikenal-pasti.

Kerajaan turut menekankan yang mana melakukan pengubah-suaian pada pemasangan TNB boleh membawa kepada denda sehingga RM1,000,000, atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya.

komen


© Amanz / 2022 Kami