Beats Fit Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM909

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fon telinga nirwayar Beats Fit Pro dilancarkan Apple pada November tahun lalu di beberapa pasaran terpilih sahaja. Pagi ini ia akhirnya boleh dibeli di Malaysia pada harga RM909 untuk sat set lengkap dalam warna ungu, hitam, putih dan kelabu. Seperti AirPods Pro, Fit Pro adalah dari jenis dalam telinga tetapi mempunyai “sayap” kecil yang diletakkan di dalam cuping telinga bagi memastikan ia kekal kemas serta tidak mudah terjatuh.

Fit Pro mempunyai pod simpanan yang agak besar dengan sokongan pengecasan menggunakan port USB-C sahaja. Putik audio Beats Fit Pro menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan juga audio spatial Apple. Pada sisi putik terdapat juga pada sesentuh untuk melakukan kawalan audio yang sedang didengari pada peranti yang ditambat.

Cip Apple H1 juga disertakan bagi memudahkan proses pertukaran antara produk ekosistem Apple, sokongan tambatan dua peranti serentak dan juga kawalan suara Hey Siri. Sungguhpun begitu ia masih serasi digunakan pada peranti Android. Dengan sekali caj putik audio dapat beroperasi sehingga 6 jam atau sehingga 24 jam menggunakan pod pengecas. Sesuai dengan namanya, Fit Pro tiada masalah digunakan ketika bersenam kerana kalis peluh IPX4.

komen


© Amanz / 2022 Kami