Astro : Sejumlah Pelanggan Yang Guna Unifi Mengalami Masalah Mengakses Ultrabox/Ultibox

Diterbitkan pada Jan 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro kini mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan sejumlah pelanggan mereka yang menggunakan rangkaian Unifi, mengalami masalah untuk mengakses Ultrabox dan Ultibox.

Astro mengatakan mereka sedang bekerjasama dengan pihak TM dalam menangani masalah ini.

Selain perkhidmatan Astro, sejumlah pengguna juga turut menghadapi masalah mengakses perkhidmatan penstriman Netflix. Ia dilihat berkemungkinan pihak penyedia Unifi menghadapi masalah teknikal sementara dalam mengarahkan trafik ke perkhidmatan penstriman ini.

Masih tiada sebarang kemaskini pada laman Unifi Alerts oleh Telekom Malaysia buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami