Samsung Malaysia Tawar Diskaun RM200 Untuk Daftar Minat Pra-Tempah Galaxy S22

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini telah pun mengumumkan pengenalan Galaxy S22 dijadualkan pada 9 Februari 2022 kelak. Menariknya, selari pengumuman berkenaan, kini Samsung Malaysia menyediakan halaman khusus untuk daftar minat dalam mendapatkan telefon pintar berkenaan.

Samsung Unpacked

Melaluinya juga, Samsung Malaysia menjanjikan baucar diskaun sebanyak RM200 dalam pra-tempah Galaxy akan datang.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mendaftar minat pada laman Samsung, dan menerima baucar diskaun terhad berkenaan.

Samsung dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S22 pada 9 Februari 2022 ini, dimana beberapa model bakal ditawarkan – termasuk salah satunya hadir dengan sokongan S-Pen, dan bakal meneruskan legasi Galaxy Note.

komen


© Amanz / 2022 Kami