Cari @ Amanz

Dengan cip Exynos 2200, Samsung ingin memberikan saingan kepada Qualcomm dan Apple dalam penghasilan cip mercu yang berkuasa tahun 2022. Sejak pelancarannya minggu lalu, terdapat pelbagai spekulasi mengenai apakah yang mampu dilakukan GPU Xclipse yang dibangunkan dengan kerjasama AMD. Persoalan terjawab menerusi video pengenalan rasmi yang dikongsi Samsung pagi ini.

Ia mengesahkan Xclipse bukan sahaja menyokong sistem Ray Tracing tetapi juga Variable Rate Shading (VRS)yang menurut mereka akan dapat menghasilkan grafik yang berkualiti tinggi walaupun pada sebuah permua. Selain itu Exynos 2200 mempunyai sistem kawalan tenaga Amigo yang memastikan bateri boleh bertahan sepanjang hari.

Turut diuar-uarkan ialah penggunaan modem 5G yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 10 Gbps, NPU kecerdasan buatan untuk mengambil gambar dengan baik sepanjang masa dan ISP yang boleh mengambil gambar sehingga saiz 200MP. Video pengenalan ini menarik tetapi yang menjadi tanda tanya ialah adakah benar ura-ura tahun ini siri Samsung Galaxy S22 di Malaysia akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd