Apabila tablet Realme Pad dilancarkan, tablet Android mampu-milik tersebut dikatakan akan hadir dengan kemaskini sekuriti sahaja, dan tidak akan menerima sebarang penaiktarafan ke sistem operasi Android 12.
Realme kini nampaknya telah menguban fikiran mereka, dengan mengatakan bahawa Realme Pad akan menerima kemaskini sistem operasi Android terbaru itu dengan mengatakan bahawa ia akan tiba sekitar suku ketiga tahun ini.
Kenyataan awal Realme mengenai tablet mereka itu agak mengelirukan khususnya kerana tablet tersebut tidak sampai pun setahun umurnya. Sebelum ini, Realme mengatakan bahawa Realme Pad hanya akan menerima kemaskini sekuriti selama tiga tahun, dan tidak akan dinaiktarafkan sistem operasinya.
- Baca : Ulasan Realme Pad