Bagi anda yang sedang mencari komputer riba memfokuskan permua yang dikuasai oleh cip generasi terbaru dari Intel, rasanya artikel ini adalah untuk anda. MSI kini telah membuka sesi pra-tempah untuk barisan komputer riba terbaru mereka iaitu MSI Stealth GS66, MSI Raider GE66/76 dan MSI Vector GP66.

Lebih menarik, pra-tempah ini menawarkan hadiah menarik percuma bernilai sehingga RM1,349 yang terdiri dengan Fitibit Luxe dan MSI Gaming Mouse/Headset. Bagi yang berminat, sesi pra-tempah boleh dibuat bermula hari dengan senarai harga jualan berikut:
- MSI Stealth GS66 12UGS – RM12,999
- MSI Raider GE76 12UHS – RM20,999
- MSI Raider GE76 12UGS – RM14,499
- MSI Raider GE76 12UGS – RM11,999
- MSI Raider GE66 12UGS – RM10,999
- MSI Vector GP76 12UE – RM8,599
- MSI Vector GP66 12UE – RM7,999

MSI Stealth GS66 hadir dengan paparan berukuran 15.6″ QHD (2560 x 1440 piksel) dan kadar segar semula mencapai 240Hz. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i7-12700H, cip grafik GeForce RTX3070Ti Max-Q, memori sehingga 16GB GDDR6 dan storan 1TB NVMe PCIe Gen4x4 SSD. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 11 Home Plus, sokongan Wi-Fi 6, papan kekunci dengan lampu RGB dan sebagainya.

MSI Raider GE76 pula hadir dengan paparan berukuran 17.3″ QHD (2560 x 1440 piksel) dan kadar segar semula mencapai 240Hz. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel i7-12700H / Intel i9-12900HK, cip grafik NVIDIA GeForce RTX RTX 3080 Ti, memori sehingga 32GB GDDR6 dan storan 1TB PCie SSD. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 11 Pro, papan kekunci dengan lampu RGB dan sebagainya.

MSI Raider GE66 pula hadir dengan paparan berukuran 15.6″ FHD dan kadar segar semula mencapai 360 Hz. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel i7-12700H, cip grafik Nvidia RTX 3070Ti 8GB, memori sehingga 16GB RAM dan storan 1TB PCie SSD. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 11 Home, papan kekunci dengan lampu RGB dan sebagainya.

MSI Vector GP76 pula ditawarkan dalam dua saiz berbeza. Ianya terdiri dengan skrin 15.6-inci IPS FHD dengan kadar segar semula 240Hz. Sementara itu, skrin yang lebih besar pula adalah 17.3-inci dengan kadar segar semula mencapai 360Hz. Kedua-duanya dikuasakan cip pemprosesan Intel i7-12700H, cip grafik Nvidia RTX3060 6GB, memori sehingga 16GB RAM dan storan 1TB PCie SSD. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 11, papan kekunci dengan lampu RGB dan sebagainya.