Redmi Note 11 Turut Diumumkan – Sokong Snapdragon 680, Kamera 50MP, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jan 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan Redmi Note 11 untuk pasaran global. Peranti pintar ini hadir dengan janaan Snapdragon 680 dan ini adalah cip pemprosesan yang sama boleh kita temui pada model Realme 9i sebelum ini.

Untuk spesifikasi khusus, Redmi Note 11 menampilkan skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB (UFS 2.2). Di samping itu, bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar dengan kuasa output 33W turut disertakan.

Untuk tetapan kamera pula, ianya terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Manakala, kamera swafoto adalah sebesar 13MP. Lain-lain spesifikasi yang menyokong peranti termasuklah pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, NFC, IR Blaster dan sebagainya.

Redmi Note 11 didatangkan dalam beberapa pilihan warna seperti Graphite Gray, Twilight Blue dan Star Blue. Harga jualan adalah bermula $179 (~RM750) (4GB/64GB), $199 (~RM834) (6GB/64GB) dan $229 (~RM960) (6GB/128GB). Buat masa ini, belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai maklumat jualannya untuk pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami