OnePlus sedia memperkenalkan OnePlus 10 Pro di China, selain turut diperkatakan bakal hadir dengan model OnePlus 10R tidak lama lagi. Selain daripadanya, kini hadir desas-desus baru mengatakan OnePlus akan memperkenalkan variasi “Ultra” pada tahun ini.
Mengikut spekulasi awal, OnePlus 10 Ultra – atau mungkin nama berbeza, dijangka diperkenalkan pada pertengahan kedua 2022 ini. Ia juga dijangka dilengkapi cip MariSilicon X untuk pemprosesan pengimejan.
Maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui lagi. Sekiranya disasarkan untuk pertengahan kedua, tidak mustahil kita melihat ia turut hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 Plus – yang mana turut akan menjana telefon 200MP pertama.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan peranti ini.