Cari @ Amanz

Dengan pelancaran peranti akan dilakukan pada 9 Februari hadapan, seperti biasa maklumat mengenai tiga peranti Samsung Galaxy S22 telahpun tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture. Kerana laman ini mempunyai rekod yang baik meniriskan maklumat yang tepat, bolehlah dikatakan spesifikasi lengkap di bawah adalah benar.

Kita mulakan dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dengan skrin 6.8″ Dynamic AMOLED 2X QHD+ 120Hz, penggunaan cip Exynos 2200/Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, kamera utama 108+12+10+10 MP, kamera hadapan 40MP, dan bateri 5000 mAh. Peranti ini akan dilengkapi sebatang S-Pen dengan tempat simpanan terbina seperti siri Galaxy Note sebelum ini.

Seterusnya ialah Samsung Galaxy S22+ dengan skrin 6.6″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ 120Hz, penggunaan cip Exynos 2200/Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 50+12+10 MP, kamera hadapan 10MP, dan bateri 4500 mAh.

Akhir sekali ialah ialah Samsung Galaxy S22 dengan skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ 120Hz, penggunaan cip Exynos 2200/Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 50+12+10 MP, kamera hadapan 10MP, dan bateri 3700 mAh.

Apa yang menarik mengenai spesifikasi ini ialah pada Galaxy S22 Ultra, tiada perubahan dilakukan pada sistem kamera dan bateri. Sementara itu pada Galaxy S22+ dan Galaxy S22 sensor kamera lebih kecil berbanding 64+12+12 MP tahun lalu serta saiz bateri lebih kecil.

Berdasarkan beberapa maklumat lain, peranti juga akan dijual pada harga lebih tinggi berbanding siri Galaxy S21. Bagi peminat di Malaysia, penggunaan cip kelak akan menjadi tanda tanya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd