Ini Ialah Rekaan Lenovo Legion Phone 3 Elite Dan Legion Phone 3 Pro Dengan 18GB RAM

Diterbitkan pada Jan 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo agak perlahan dalam menyertai pasaran telefon pintar untuk permua dengan wakil pernah mengatakan kepada kami bahawa tiada keperluan untuk menghasilkannya. Tetapi dengan kejayaan Black Shark dan ASUS, Lenovo kemudian melancarkan siri Legion Phone mereka.

Hari ini beberapa imej pengolokan rasmi untuk Lenovo Legion Phone 3 Elite Dan Lenovo Legion Phone 3 Pro telah ditiriskan oleh Evan Blass menerusi akaun Twitter beliau. Penggunaan nama Duel tidak lagi digunakan walaupun semalam rekaan peranti dengan dwi-kipas penyejuk telah diperlihatkan.

Dua model ini dilengkapi skrin 6.92″ AMOLED 144Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 18GB RAM dan storan sehingga 512GB. Tambah Evan lagi terdapat lapan butang kawalan disokong – 4 butang bahu ultrasonik, 2 butang kapasitif panel belakang dan 2 sensor tekanan dalam skrin.

Menarik sekali sistem lampu LED dan dwi USB-C dikekalkan bagi mengecas bateri sebesar 5600 mAh. Pilihan panel belakang diperbuat daripada kulit juga bakal ditawarkan. Bagi mereka yang inginkan peranti untuk permua dengan spesifikasi yang paling tinggi, Lenovo Legion Phone 3 mungkin yang anda nantikan selama ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami