Pagi tadi, OnePlus dilaporkan bakal hadir dengan peranti mercu versi Ultra. Ia dikatakan mungkin dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 Plus. Selain itu, OnePlus 10 Ultra ini juga dikatakan turut akan menggunakan ISP tersendiri Oppo iaitu Marisilicon X.
Kini, OnLeaks pula telah mendedahkan spesifikasi bagi OnePlus Nord 2T. Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip pemprosesan MediaTek baharu, Dimensity 1300, skrin 6.43-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, serta sokongan pengecasan pantas 80W yang sama pada OnePlus 10.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/09/Ulasan-OnePlus-Nord-2-05-950x535.jpg)
OnePlus Nord 2T juga dijangka hadir dengan pilihan memori daripada 6GB RAM sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Untuk kamera, peranti ini dikatakan menggunakan konfigurasi tri-kamera daripada sensor 50MP+8MP+2MP dan kamera swafoto 32MP.
Saiz bateri dikhabarkan adalah 4500mAh dan peranti ini akan menjalankan Oxygen OS 12 berasaskan Android 12. OnePlus mungkin akan melancarkan peranti ini seawal Februari akan datang.