Elgato Melancarkan Pedal Kawalan Kaki Untuk Stream Deck

Diterbitkan pada Jan 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi penstrim sepenuh masa ialah kerjaya baharu yang menguntungkan dengan ramai berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit setahun dengan hanya duduk di depan kamera. Untuk menjadi penstrim berjaya, pelbagai kelengkapan seperti Stream Deck dilancarkan oleh Elgato untuk memudahkan proses penstriman. Tetapi untuk mengawal Stream Deck tangan masih perlu bebas menekan butang.

Tetapi ini adalah sukar bagi mereka yang sedang bertarung di dalam permainan atau yang sedang menstrim jauh dari lokasi Stream Deck diletakkan. Bagi golongan ini, Elgato melancarkan Stream Deck Pedal yang membolehkan kawalan dilakukan dengan kaki sahaja.

Pengguna boleh mengkustomasi butang pada pedal untuk memulakan strim, membisukan mikrofon, mengubah kamera, mengubah latar belakang dan pelbagai lagi ciri yang disokong pada Stream Deck.

Selain mengkustomasi setiap pedal, pengguna juga boleh menetapkan berapa kuat tekanan perlu dilakukan untuk mengaktifkan sesuatu aksi. Malahan kerana ia adalah peranti input PC, ia turut serasi digunakan dengan aplikasi bukan permainan seperti Adobe Premiere Pro misalnya untuk mengakses ciri tertentu perisian. Elgato Stream Deck Pedal dijual pada harga $90 (~RM378) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami