Cari @ Amanz

LinkedIn hari ini mengumumkan penamatan aplikasi LinkedIn bermula hari ini, dimana ia tidak lagi ditawarkan untuk muat-turun. Selain itu, aplikasi LinkedIn Lite akan diaktifkan pada 15 Mac 2022 kelak.

Aplikasi LinkedIn Lite telah ditawarkan di Malaysia sejak 2017 yang lepas. Ia menawarkan pengalaman yang dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah, selain untuk rangkaian telekomunikasi berkelajuan rendah.

LinkedIn Lite

Namun, dari tahun ke tahun, penawaran peranti dan kelajuan internet telah meningkat – sekaligus menjadikan kini lebih ramai selesa menggunakan aplikasi penuh, berbanding LinkedIn Lite.

LinkedIIn mengatakan peralihan akan dilakukan ke aplikasi versi penuh secara berperingkat selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd