Carian
Face ID Boleh Menyahkunci Peranti Walaupun Pemilik Memakai Pelitup Muka Dengan iOS 15.4
January 28, 2022 Effi Saharudin

Berita baik bagi pemilik peranti Apple yang mempunyai sistem imbasan wajah Face ID. Pada iOS 15.4 kelak Face ID akan dapat mengecam wajah pemilik peranti walaupun mereka memakai pelitup muka. Ciri ini sedang diuji pada iOS 15.4 Beta yang diberikan minggu ini.

Tetapan baharu “Use Face ID With a Mask” a mask akan diberikan pada tetapan sekuriti serta pilihan mengecam wajah pengguna menerusi cermin mata yang sering dipakai. Untuk ciri ini imbasan tambahan Add Glasses perlu dilakukan. Sungguhpun begitu menurut laporan MacRumors ciri tidak boleh digunakan oleh pengguna yang memakai cermin mata hitam pada waktu ini.

Sebelum ini Apple memberikan pilihan pemilik iPhone untuk menyahkunci peranti dengan memadankannya pada Apple Watch serta memaparkan terus skrin kata kunci apabila Face ID gagal mengesan wajah pemilik. Pada waktu ini ciri ini akan hanya disokong pada iPhone 12 dan ke atas sahaja.

Komen