Honor Mengacah Pengenalan Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Pada MWC 2022
Aman
Honor kini merancang untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada acara Mobile World Congress yang bakal berlangsung bulan hadapan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah telefon pintar yang bakal diperkenalkan. Mengikut spekulasi, ia berkemungkinan dibawah siri Magic, atau terdapat juga kemungkinan adalah telefon dengan skrin boleh-lipat mereka untuk pasaran global.
Sebelum ini, Honor telah memperkenalkan Honor Magic V di China, yang hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1, selain dilengkapi dengan skrin boleh-lipat, serta tri-kamera 50MP.

Honor menjadualkan pengenalan telefon pintar ini pada 28 Februari 2022 kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalaan telefon pintar baru Honor ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.