Nothing Ear (1) Telah Terjual Sebanyak 400,000 Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada Jan 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Julai tahun lalu Nothing Ear (1) telah dilancarkan sebagai produk pertama dari syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei yang pernah mengemudi OnePlus. Selepas lebih enam bukan dilancarkan, Nothing mengumumkan 400,000 unit TWS ini telahpun berjaya dijual setakat ini.

Angka yang mungkin tidak tinggi jika dibandingkan dengan jualan AirPods tetapi boleh dibanggakan bagi sebuah syarikat tunas rintis yang baru sahaja ingin bertapak. Nothing dijangka melancarkan empat lagi produk pada tahun 2022 salah satu daripadanya ialah telefon pintar.

Kemunculan telefon pintar pertama ini dinantikan kerana Nothing mengumumkan Adam Bates menyertai syarikat mereka. Bates sebelum ini adalah ketua rekaan dan produk di Dyson. Dengan Ear (1) mempunyai rekabentuk lutsinar dan Dyson juga gemar menggunakan komponen lutsinar tidak mengejutkan jika telefon pintar permata Nothing turut akan mempunyai rekaan lutsinar.

komen


© Amanz / 2022 Kami