Minggu ini katalog lagu Neil Young telah ditarik dari Spotify selepas beliau menggesa platform penstriman nombor satu dunia untuk menarik kandungan podsiar Joe Rogan yang mengandungi kandungan anti vaksinasi. Spotify memilih untuk mengekalkan The Joe Rogan Experience daripada mengekalkan Neil Young.

Terkini penyanyi Joni Mitchell yang terkenal dengan lagu Big Yellow Taxi pula mengumumkan beliau akan menarik karya beliau dari Spotify sebagai tanda solidariti dengan Young serta menggesa artis lain menurut langkah beliau. Setakat ini hanya dua artis veteran ini bersuara lantang mengenai isu Spotify digunakan Rogan sebagai platform menyebarkan dakyah anti vaksinasi.
Sebelum ini lebih 200 doktor dan pekerja kesihatan menggesa Spotify menarik episod yang mengandungi maklumat sains yang tidak tepat namun begitu tiada sebarang tindakan diambil.