Cari @ Amanz

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini berkongsi mengatakan JPJ akan menggantung atau membatalkan permit sesuatu institut memandu itu, sekiranya ia didapati melahirkan ramai calon yang terlibat dalam kemalangan jalan-raya, atau tidak mematuhi undang-undang jalan-raya.

Dengan langkah ini, ia akan memastikan sesuatu institut memandu benar-benar melahirkan calon berkualiti.

JPJ akan melaksanakan kaedah ini dengan menyertakan sebuah kod khas pada lesen memandu bermula tahun ini, yang membolehkan kenal-pasti institut yang melahirkan calon berkenaan. Ia juga dilihat salah satu bentuk pendigitalan yang akan dilakukan oleh JPJ.

Pengenalan kaedah baru ini adalah selari dengan penggunaan sistem e-Testing yang bakal dilaksanakan oleh JPJ bermula April tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd