Speaker IKEA Symfonisk Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM549

Diterbitkan pada Jan 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hampir tiga tahun yang lalu, speaker IKEA Symfonisk yang dibangunkan dengan kerjasama Sonos telah dilancarkan dalam versi untuk rak buku dan juga satu lagi yang terbina pada lampu meja. Tetapi baru-baru ini kami menyedari speaker IKEA Symfonisk versi rak buku telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM549 sebuah dalam warna hitam dan putih.

Speaker dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar dan boleh berfungsi selari dengan produk lain keluaran Sonos. Symfonisk yang berbentuk empat segi boleh menjadi rak buku atau diletakkan di dalam rak buku IKEA seperti Kallax.

Selain speaker, IKEA Malaysia turut menawarkan aksesori seperti pendakap dinding, pendakap dengan tiang lantai, kabel kuasa dan plat penutup rak buku pada harga bermula RM25.

komen


© Amanz / 2022 Kami