Cari @ Amanz

Gionee merupakan salah satu pengeluar yang pernah memfailkan muflis sebelum ini, selain turut dilihat menyertakan peerisian hasad secara sengaja.

Selepas sekian lama senyap tanpa perkembangan, kini Gionee sekali lagi munculkan diri, dan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di China, dinamakan Gionee 13 Pro.

Gionee 13 Pro hadir dengan rekaan seumpama iPhone 13, dan menariknya juga ia menjadi antara telefon terawal bukan Huawei yang dilengkapi HarmonyOS, serta ekosistem HMS padanya.

Telefon pintar ini hadir dengaan skrin 6.26-inci FHD+ LCD, dijana cip Unisoc T310, dan memori 4GB RAM. Ia turut hadir dengan kamera utama 13-megapixel.

Buat masa ini, telefon pintar ini dijual di China pada harga bermula sekitar RM347 – yang akan membolehkan anda flex mempunyai “iPhone”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd