Unifi Mobile Berhenti Menawarkan 1GB Data Percuma Harian

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan melalui syarikat telekomunikasi telah menawarkan 1GB data percuma. Namun, penawaran berkenaan telah ditamatkan pada 31 Disember 2021 lepas, dan kini dihadkan kepada pelanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia sahaja.

Tidak ketinggalan adalah Telekom Malaysia yang turut menawarkan 1GB data percuma untuk pelanggan prabayar Unifi Mobile. Namun, kini ia telah ditamatkan sejak 1 Februari 2022. Melalui semakan, data percuma berkenaan tidak lagi ditawarkan setiap hari, berbeza dengan sebelum ini.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai memandangkan ia telah dialihkan ke Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang turut boleh dilanggan pengguna Unifi Mobile Bebas.

Bagi anda, adakah anda akan merindui penawaran data percuma 1GB ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami