Carian
(Ura-Ura) Realme Watch S100 Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
February 3, 2022 Amy Maizuraa

Selain daripada telefon pintar, Realme juga tidak asing dengan penawaran peranti boleh-pakai. Malahan, jenama ini juga sedia hadir dengan sejumlah peranti boleh-pakai tersendiri. Setiap satu daripadanya mempunyai ciri dan fungsi tersendiri yang semestinya memfokuskan kepada kesihatan dan gaya hidup sihat.

Gambar Sekadar Hiasan : Realme Watch S Pro

Dalam perkembangan terkini, muncul desas-desus baharu yang mengatakan Realme bakal hadir dengan jam tangan baharu tidak lama lagi. Ia bakal menjadi model kemas kini untuk siri S mereka dan mungkin dikenali sebagai Realme Watch S100. Menurut spekulasi awal, jam tangan ini bakal diumumkan di India sekitar bulan ini.

Ia juga didakwa hadir dalam dua pilihan warna seperti kelabu dan hitam. Pada masa sama, turut dijangka hadir dengan muka jam berbentuk bulat kerana kebanyakan model sedia ada di bawah siri S mempunyai rekaan sedemikian. Buat masa ini, butiran mengenai jam tangan ini adalah sangat terhad tanpa sebarang perkongsian lebih lanjut mengenai spesifikasi padanya.

Gambar Sekadar Hiasan : Realme Watch T1

Namun begitu, kita boleh menjangkakan ianya bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, tidak mengejutkan sekiranya ada kebarangkalian ia hanyalah sebuah Realme Watch T1 yang di jenama semula untuk pasaran tertentu. Tetapi, ia sekadar spekulasi awal semata-mata.

Sumber : Gsmarena

Komen