Spesifikasi OnePlus Nord CE 2 Lite 5G Tertiris – Sokong Snapdragon 695, Kamera 64MP

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini kita telah mendengar mengenai kewujudan OnePlus Nord 2T dan spesifikasinya telah tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian OnLeaks. Ia disenaraikan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1300 yang masih belum diumumkan secara rasmi. Di samping, turut dijangka menggunakan kamera 50MP dan pengecasan 80W.

OnePlus Nord CE 5G

Dalam perkembangan berbeza, kini muncul desas-desus baharu mengenai kewujudan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pula. Peranti dikatakan hadir dengan skrin sebesar 6.59-inci FHD+ yang mana dilihat lebih besar berbanding model pendahulunya. Seterusnya, ia juga merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip Snapdragon 695. Pilihan memori adalah sehingga 8GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 256GB.

Melengkapinya, kamera utama dengan tetapan 64MP + 2MP + 2MP. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP yang boleh digunakan untuk panggilan video dan tangkapan gambar swafoto. Lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Buat masa ini, belum ada perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti secara khusus.

Sumber : OnLeaks

komen


© Amanz / 2022 Kami