Bank Negara Malaysia Pantau Rapi Langkah CIMB Tangani Kesilapan Pemprosesan Akaun Pelanggan

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Isnin lepas, kita telah melihat sejumlah akaun pelanggan CIMB dibekukan atau memperlihatkan nilai negatif yang menandakan pelanggan berkenaan hutang dengan bank berkenaan. Perkara ini menimbulkan pelbagai prsoalan, dan CIMB mengatakan hal ini berlaku kerana kesilapan pemprosesan.

Terbaru, Bank Negara Malaysia melalui Berita Harian, mengatakan mereka sedang memantau rapi langkah yang diambil oleh CIMB dalam mendapatkan semula lebihan amaun yang dikreditkan kepada pelanggan.

Siasatan berkenaan insiden berkenaan sedang dijalankan, dan CIMB diminta memastikan proses mendapatkan kembali amaun yang bukan milik pelanggan tidak akan mengakibatkan beban kewangan luar jangka kepada pelanggan yang tidak sedar akan kesilapan pemprosesan berkenaan.

Pelanggan yang terjejas juga diminta menghubungi pihak CIMB dalam memastikan akaun mereka dapat diakses dengan lancar.

Mengikut desas-desus awal, ia dikatakan sekitar 11,000 akaun pelanggan dibekukan sejak Isnin lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami