Meta : Visi Metamesta Akan Mengambil Masa Sehingga 15 Tahun Untuk Direalisasikan

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Facebook mengumumkan peralihan nama ke Meta, dan memfokuskan kepada arena metamesta, pelbagai pihak telah turut mengumumkan langkah lebih kurang sama, sekaligus menjadikan metamesta sebuah hype terbaru dikalangan pelbagai syarikat.

Namun, salah satu perkara yang tidak diambil kira ramai adalah berkenaan dengan tempoh pembangunannya. Meta sendiri menyasarkan visi metamesta akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 tahun untuk direalisasikan.

Mark Zuckerberg

Pelbagai kajian dan penyelidikkan perlu diambil-kira, dan Meta sendiri membelanjakan berbilion ringgit dalam proses pembangunannya. Pada 2021 terakhir sahaja, Meta membelanjakan lebih RM42 bilion untuk pasaran baharu ini.

Selain Meta, antara syarikat yang telah memperlihatkan konsep mereka adalah Microsoft. Disamping itu, Apple dan Google pula dilihat sedang memfokuskan terhadap arena AR/VR melalui peranti baru akan datang mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami