DNB Papar Peningkatan Kelajuan Purata 5G – Kini Mencapai 624Mbps

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad (DNB) kini telah pun mengemaskini halaman liputan 5G mereka, sekaligus pada masa yang sama memperlihatkan peningkatan pada kelajuan purata rangkaian 5G melalui infrastruktur DNB.

Ketika pengenalan bulan Disember 2021 lepas, DNB memaparkan kelajuan purata 5G ketika itu adalah 514Mbps. Kini, melalui kemaskini halaman, DNB memperlihatkan peningkatan dan kelajuan purata 5G dipaparkan adalah 624Mbps.

Buat masa ini, perkhidmatan 5G masih terhad di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya. Hanya Yes sahaja yang menawarkan ia dalam bentuk komersil kepada pengguna, sementara TM dijangka melakukan perkara sama dalam masa terdekat. Syarikat telekomunikasi lain masih senyap, mungkin nantikan keputusan lanjut pihak kerajaan berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami