Samsung Galaxy A52s 5G tahun lalu ialah antara peranti kelas pertengahan premium terbaik menurut pandangan kami. Walaupun harga sedikit mahal, ia masih dilengkapi bicu audio, sokongan kad mikro SD, speaker stereo dan kemampuan kalis air. Kini rekaan Samsung Galaxy A53 5G yang bakal menggantikannya pula telas tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture.

Dari segi rekaan luaran tiada perbezaan dengan A52S dimana masih dapat dilihat sistem kuad-kamera, panel belakang polikarbonat dan lubang kamera swafoto. Menurut Winfuture, Galaxy A53 akan dilengkapi skrin 6.5″ SAMOLED, dijana cip Exynos 1200, memori sehingga 8GB, storan bermula 128GB, dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.
Kamera utama dilengkapi dengan lensa sudut lebar 64MP, ultra lebar 12MP, makro 5MP dan kedalaman 5MP sementara kamera swafoto pula sebesar 32MP. Berdasarkan spesifikasi yang tertiris ini, Galaxy A juga mengikut apa yang dilakukan Samsung pada siri Galaxy S22 kelak yang hanya diberikan perubahan spesifikasi minima berbanding Galaxy S21.