Nilai pasaran Meta diramalkan akan menjunam sehingga $190 bilion (~RM790 bilion) apabila pasaran saham dibuka pagi ini menurut laporan Business Insider. Ini adalah berdasarkan pergerakan saham di luar waktu dagangan awal pagi ini di Amerika Syarikat. Semasa pasaran saham ditutup semalam, nilai pasaran Meta adalah sekitar $898.5 bilion (~RM 3.67 trilion) semasa ditutup semalam sebelum laporan kewangan diumumkan.
Seperti yang telah kami laporkan pagi tadi, Meta mencatatkan kerugian lebih RM42 bilion dalam perniagaan metamesta mereka yang baru diumumkan. Pada waktu yang sama idea metamesta yang diperlihatkan serta diidamkan oleh Zuckerberg hanya akan menjadi realiti dalam masa 15 tahun lagu. Ini akan menimbulkan keraguan di kalangan pelabur yang pastinya kana menjual saham syarikat.
Nika nilai pasaran Meta benar-benar menjunam sehingga $190 bilion, ia akan menjadi penyusutan nilai terbesar pernah dicatatkan saham sesebuah syarikat dalam sejarah bursa saham Amerika Syarikat. Rekod sebelum ini turut dipegang Meta yang masih menggunakan nama Facebook pada tahun 2018 apabila nilai pasaran menyusut $119 bilon (~RM497 bilion) selepas melaporkan penyusutan pertumbuhan pengguna.