Nilai Pasaran Meta Menjunam RM1 Trilion – Terburuk Dalam Sejarah Amerika Syarikat
Effi Saharudin
Semalam kami melaporkan nilai pasaran Meta mungkin menjunam $190 bilion selepas laporan kewangan menunjukkan syarikat mengalami pelbagai kerugian $20 bilion kerana pembangunan Meteverse dan sistem anti penjejakan pengiklanan Apple. Selepas pasaran saham dibuka, perkara yang lebih buruk berlaku kepada Meta kerana saham mereka menjunam -26% menyebabkan kehilangan nilai pasaran $251 bilion (~RM 1.05 Trilion).

Ini ialah penyusutan nilai pasaran yang terbesar pernah dicatatkan oleh syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu nilai pasaran Meta masih lagi sekitar $661 bilion dengan saham meningkat sedikit selepas pasaran ditutup. Penyusutan nilai saham sering berlaku selepas laporan kewangan menunjukkan prestasi syarikat tidak menepati sasaran.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.