Video Acah Samsung Galaxy S22 Mengesahkan Kembalinya S Pen

Diterbitkan pada Feb 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kewujudan Samsung Galaxy S22 Ultra dengan rekaan siri Galaxy Note lengkap dengan S Pen bukan lagi misteri. Beberapa petanda diberikan bahawa ini akan berlaku pada acara pelancaran tetapi Samsung hanya mengesahkannya menerusi video acah terkini sempena acara Galaxy Unpacked mereka hari ini.

Dapat dilihat dengan jelas bentuk stylus S Pen dalam video di atas. Tiga peranti akan dilancarkan iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra pada acara Unpacked 9 Februari ini. Spesifikasi penuh dan rekaan peranti juga telahpun tertiris minggu lalu sehingga tiada lagi misteri. Yang pasti kembalinya ciri S Pen yang terbina pada peranti selepas siri Galaxy Note dihentikan akan menggembirakan pengguna yang kurang senang dengan sistem stylus pada S21 Ultra tahun lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami