Mark Zuckerberg ialah insan kelima terkaya di dunia pada tahun 2021 dengan nilai mencecah $97 bilion. Tetapi selepas nilai pasaran Meta menjunam lebih RM1 trilion semalam, kekayaan peribadi Zuckerberg berkurangan sebanyak $29 bilion (~RM121 bilion).

Ini sekaligus membuatkan pengasas Facebook ini bukan lagi antara 10 insan terkaya di dunia. Saham Meta jatuh lebih 26% semalam selepas syarikat mengumumkan pengurangan pengguna buat pertama kali dalam sejarah, mengalami kerugian akibat perniagaan metemesta dan impak halangan penjejakan iklan ATT oleh Apple sejak tahun lalu.
Walaupun kekayaan beliau berkurangan, beliau masih lagi amat kaya kerana masih mempunyai harta bernilai lebih $60 bilion.
Sumber Reuters