Cari @ Amanz

Markah penanda aras Samsung Galaxy S22 Ultra yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200 telahpun tertiris ke arena web minggu ini. Berdasarkan markah ujian Geekbench 5 ini, dapat dilihat prestasi kedua-dua cip adalah hampir setara dengan perbezaan yang tidak begitu ketara.

Galaxy S22 Ultra dengan Snapdragon 8 Gen 1 menggunakan nombor model model Model SM-S908U manakala yang menggunakan Exynos 2200 pula menggunakan nombor model SM-S908B. Dalam ujian satu teras model Snapdragon mencatatkan 1226 markah berbanding 1168 markah pada Exynos. Dalam ujian multi teras pula Snapdragon mencatatkan 3462 markah manakala Exynos mencatatkan 3508 markah.

Walaupun kemampuan CPU hampir setanding, sebelum ini ujian GPU menunjukkan kelebihan pada Exynos dengan GPU Xclipse berasaskan AMD RNDA 2.

Sumber Sparrownews

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd