Google kini dilihat mengemaskini rekaan ikon untuk pelayar web Chrome, menjadikan ia lebih moden berbanding rekaan sebelum ini.

Rekaan ikon baharu ini membawakan perbezaan yang sangat minimal – dimana kesan bayang-bayang dibuang, membawakan gelang putih yang bersaiz sedikit besar, dan menggunakan warna yang lebih terang – selari dengan ikon-ikon produk Google yang lain.

Rekaan ikon baharu ini juga dikatakan dioptimasikan mengikut sistem operasi – dimana lebih berwarna ceria pada Chrome OS, menggunaakan rekaan sedikit 3D pada macOS, dan lebih diselarikan pada Windows.
Rekaan ikon baharu ini akan hadir pada versi Chrome akan datang – berkemungkinan pada Chrome 100 yang bakal tiba tidak lama lagi.